“"Everything is okay in the end, if it's not ok, then it's not the end." -Unknown

Thursday 16 May 2013

My new college life!

Hai, Assalamualaikum!

It has been a while since i last updated my blog. Hm.. My last entry was about waiting for the spm's result and ya semua budak lepasan spm dah tahu result masing-masing kan. So, for those yang dapat result cantik cantik with flying colours, tahniah! While for those yang dapat result yang ilek ilek cukup makan tahniah juga sebab kita dalam golongan yang sama! Ehem, tapi jangan risau, kita dah buat yang terbaik. Bercakap tentang result spm ni... eceh, excited pulak kita nak cerita ni. Alhamdulillah, walaupun result tak seberapa nak cemerlang sangat, no flying flying colours ni tapi aku dah rasa bersyukur sangat sebab aku akhirnya mampu buktikan tahap kemampuan aku sendiri. Lagipun nak menyesal tak guna juga sebab usaha kita bukan terhenti setakat tu je tapi banyak lagi cabaran yang perlu kita tempuh lepas ni. Belajar di u nanti, habis diploma sambung degree, pastu nak buat master, phd bla bla bla. Motipp apa panjang sangat ni kannn? K.

Dan dengan result yang alhamdulillah agak menakjubkan (sangatt), aku melangkah penuh azam ke alam universiti.

Alhamdulillah, so far so good. Bab belajar dalam kelas still takde lagi masalah. Cuma kadang-kadang bila mengantuk ish sangat lah benci syaitan iblis ni bergayut-gayut kat mata ni suruh lelap. Dan bila masa nak telaah balik apa yang dah belajar dekat kelas memang malas. Malas tahap mintak penampar. Yelah, mana tahan kot bila roomates syok2 main wechat, whatsapp, baring2 atas katil. Nak nak lagi bila roomates layan We Got Married, Running Man. Aaaa itu tahap melampau la kan memang tak boleh dah nak pegang buku. Pastu terus tertidur, esok pagi menangis sebab menyesal malam tadi tak buat revision. Haih, sikap malas macamni sejak tinggal kat asrama lagi memang tak boleh hilang. Hish macam mana tu? Kakak kakak, abang abang excellent, sila lah beri petua untuk jadi pelajar yang rajin lagi berwawasan -,-'

Ok, ini roomates iolls. Actually roomates ada 7 orang. Lagi 4 tak tahu hilang ke mana masa tu :p

Half of my classmates. Sayang semua classmates saya hikhikhik ;)

With our 'ketua kelas' hahaha idk la why ha why muka saya nampak pelik. Pelik..... Pelik... Pelik.

Hm, walau apapun kawan-kawan sekolah kat Starputra was still the best, the awesome, the perfect, the superr ever i ever have. I swear! I love them and always missing each of them. :')




Alaaa sedang mood rindu dekat kawan-kawan sekolah sebenarnya ni.. Ish. Rindunya kat semua orang especially all the classmates of 1 UM, 2 USM, 3 KAA, 4 UM and 5 UM. Ya Allah rindunya kat korang!!! Dan rindu dekat semua cikgu2 kat sana terutama sekali cikgu yang ajar kelas saya dari tingkatan 1 lagi. Warden asrama, ehem. Sir Rahim, Cikgu Salmiah, Cikgu Syazrah, Cikgu Zurairah and all the cikgu's! Selamat Hari Guru :)


No comments:

Post a Comment